🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
#1 Sentiasa Ingat Kepada Allah
Sentiasa ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.
#2 Membantu Golongan Orang Miskin
Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu kita berkali ganda.
#3 Bersyukur Atas Nikmat
Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas sealant nikmat yang diperolehi. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.
#4 Bersedekah Secara Istiqamah
Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.
#5 Istighfar dan Bertaubat
Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar, dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa mohon ampun daripadaNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar