https://www.facebook.com/groups/586403266108614/permalink/678166683598938/
:
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. Insya Allah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabah penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengobati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada yang sakit, insya Allah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, niscaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyiroh 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Bagus juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
7. Doa untuk ketenangan hati untuk anak-anak bacalah Al Fatihah dan sholawat diikuti dengan surah Al-Insyiroh sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut :
“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”.
Selepas itu, dihembus kr dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
8. Surah ini jika dibaca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 kali setiap terbit matahari, insya Allah akan dibukakan kėpadanya perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut-turut, insya Allah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyiroh:
1. Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”
2. Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyroh selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
3. Barang siapa yang membacanya niscaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada swgala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan sėgala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
4. Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu niscaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar